Hel!O mY DarLing!

Isnin, 7 Oktober 2013

Kalau Sudah Berkenan Bab 14


“Zafry tak datang?”

“Dia ada hal ayah.” Adra serba salah. Jelas terpeta riak kecewa pada wajah ayah mertuanya. Bukan dia tidak mengajak lelaki itu, tetapi ada sahaja alasan suaminya bagi mengelakkan diri bertemu dengan ayah sendiri.

Tan Sri Hamzah menganguk perlahan. Hati tuanya kecewa lagi. Dipandang hidangan yang terhidang. Semuanya makanan yang enak-enak. Gembira bila Adra memberitahu mahu melawatnya. Pada perkiraannya dia dapat bertemu sekali dengan anak lelaki tunggalnya. Malangnya angan-angan hanya tinggal angan-angan.

“Tak apa, nanti kalau dia ada masa Adra ajak dia datang sini.” Kalaulah dia boleh menukar rasa kecewa di hati ayah mertuanya, pasti dengan senang hati akan dia lakukan. Bertapa rugi suaminya kerana melepaskan peluang hidup dalam lingkungan kasih sayang seorang ayah.

“Tak apa. Ayah faham.” Wajah menantunya di pandang. Cuba ‘mengesan’ sesuatu dari riak wajah itu.

“Kenapa?” Adra bertanya perlahan. Wajahnya diraba.

“Adra bahagia?” Berdebar dia menanti jawapan menantunya. Risau jika dia melakukan kesilapan yang besar.

Adra hanya menganguk. Senyuman melebar pada wajahnya. Dia tahu di hati suaminya masih tiada tempat untuknya menempatkan diri, tetapi dia akan pastikan, suatu hari nanti setiap ruang yang ada, diisi hanya namanya.

“Syukurlah. Kalau Zafry ada buat perkara tak elok pada kamu, jangan segan bagi tahu ayah.” Setiap saat hati tuanya tidak pernah senang. Dia risau jika tindakannya menjodohkan Adra dengan Zafry adalah tindakan yang paling bodoh pernah dia lakukan.

 Tetapi satu sudut lagi di dalam dirinya mengatakan ‘Adra Afeefa’ adalah tindakan yang paling bijak diambil untuk menjinakkan anak jantannya. Kalau dia yang tua sudah terpesona dengan tingkah Adra, tidak mustahil anaknya merasakan perkara yang sama.

            “Ayah jangan risau. Inshaallah semuanya tak ada masalah setakat ni.” Semuanya tak bermasalah, cuma yang jadi masalah perangai tidak menentu suaminya. Sekejap baik sekejap lagi pula nakalnya tak menahan teruk. Terus dia terbayang ‘anak tikus’ yang dipegang olehnya beberapa hari lepas. Tekak terasa meloya secara tiba-tiba.

“Dah jom kita makan. Nanti sejuk tak sedap pulak.” Tangan diangkat. Doa makan dibaca.

“Suami kamu masa kecil suka makan udang goreng kunyit.” Tangannya yang menyentuh sudu terhenti. Terbayang teletah Zafry semasa kecil. Hari-hari arwah isterinya perlu menyediakan makanan yang sama untuk anak lelakinya. Kalau tidak pasti ada yang melakukan mogok lapar. 

“Dia sekarang selera mat saleh ayah. Dah tak sentuh makanan melayu.” Adra ketawa kecil.

“Oh..” Kepalanya dianguk perlahan. Bertapa jauhnya jarak antara mereka. Anaknya sudah besar. Pasti selera juga berubah mengikut peredaran masa. Hanya dia yang masih ketinggalan dengan cuba menyelak kembali kenangan silam.

Adra menunduk. Dia silap cakap lagi. Pasti ayah mertunya kecewa. Kenapa mulutnya tidak mahu diam dan iyakan sahaja kata-kata lelaki itu?

“Tak apa. Banyak masa lagi. Nanti kamu bagitahu apa yang suami kamu suka, apa yang tidak.” Tan Sri Hamzah tersenyum. Lambat atau cepat dia akan lakukan sesuatu bagi menjernihkan hubungan mereka. Lebih baik dia berusaha dari mengharapkan keajaiban yang peratus untuk berlaku adalah sangat kecil. Mustahil Zafry akan merapatinya tanpa dia melakukan apa-apa. 

“Bereh.” Tabik hormat diberikan. Dia hanya tersengih bila ayah mertuanya mula ketawa melihat aksi luar kawalannya.

“Adra ada ajak Zafry pergi jumpa keluarga?” Seketika suapannya terhenti. Sabar menanti jawapan menantunya.

“Dia dah jumpa.” Adra menganguk kecil. Pelik dirasakan. Suaminya bagaikan mempunyai split personality. Bersama dengan keluarganya, Zafry boleh berbual mesra walaupun sedikit canggung. Abahnya sendiri hairan dengan tingkah lelaki itu. Cuma yang menjadi kemusykilannya sekarang, kenapa dengan ayah mertuanya, Zafry jadikan musuh? Apa yang tidak kena dan apa yang dia tidak tahu?
…………………..
            Pencuci muka dicapai dan terus dia berjalan laju. Cuba mengelakkan diri dari dikejar oleh ‘promoter.’ Tidak sangup dia menadah telinga mendengar produk itu bagus, produk ini baik.

            “Adik. Pakai produk apa? Tak nak cuba produk ini?”

Adra tersengih. Sangkut lagi. Ingatkan dapat lari. Wajah seorang wanita yang dia kira berusi penghujung dua puluhan dipandang dengan senyuman. Walaupun tidak suka, tidak semestinya dia kena biadap. Banyak lagi cara untuknya menolak.

            “Tak apa kak. Saya tak kerja. Mampu pakai ini saja. Murah.” Pencuci muka yang dipegang olehnya diangkat.
           
“Eh, yang ini pun murah. Ada diskaun ten percent. Adik tak nak cuba ke?”
           
“Tak apa. Saya dah pakai produk ni dah lama. Sesuai dengan muka.” Senyuman masih menguntum di bibirnya.

            “Tak apalah kalau macam itu…”

            “Fuhh…Adra mengeluh lega. Kali ini dibawa pula langkahnya ke arah rak shampoo. Dalam kasar dan nakal suaminya masih ada lagi sifat bertangungjawab dalam diri lelaki itu. Tadi ada Zafry hulurkan duit belanja untuknya. Bila dikira, amaunnya agak banyak. Mengalahkan sebulan gajinya semasa bekerja di butik.

            Tangan dibawa untuk mencapai shampoo Rejoice. Malangnya ada dahulu tangan yang memegang botol itu.

            “Sorry.. kau Adra kan?”

            Kali ini Adra toleh ke sisi. Berkerut dahinya cuba mengesan jika dia mengenali wanita ‘burung hantu’ di hadapannya. Mekap macam opera cina. Bulu mata sekali tengok macam bulu mata unta. Kelipap..kelipop…

            Sedaya upaya tawanya ditahan. Bukan dia mahu mengumpat, tetapi agak-agaklah. Nak datang Watson saja kot. Tak perlulah nak over  sangat. Lainlah kalau pergi majlis ke apa. Mekaplah macam mana pun. Tak adanya orang nak mengata.

            “Iya. Saya kenal akak ke?” Teragak-agak dia bertanya. Risau jika kata-katanya bakal menguriskan perasaan itu. Siapa tidak berkecil hati kalau diri tidak dikenali selepas beria menegur.

            “Kau tak kenal aku, tapi aku kenal engkau.” Jeslina ketawa kecil. Wajah Adra dipandang dengan renungan tajam. Dalam banyak-banyak wanita, kenapa si selekeh ini juga yang Zafry pilih? Bodoh!

            Terdiam Adra mendengar kata-kata dari bibir itu. Sudahlah mekap tebal, mulut itu juga tebal. Tebal dengan biadap.

            “Kau bahagia sekarang?” Dia benci memandang wajah Adra. Sakit hati bila gadis yang setahun jagung itu dipilih oleh Zafry. Apa kurangnnya dia?

            “Apa hak akak nak tahu saya bahagia ke tidak?” Adra bertanya tegas. Tidak suka jika orang yang tidak di kenalinya cuba mengambil tahu hal rumah tangganya.

            “Apa hak aku? Kau nak tahu, Zafry tu milik aku. Kau yang rosakkan hubungan kami.”  Digengam tangannya erat. Gigi diketap kuat.

            Terkedu sebentar Adra. Seketika kemudian si baju merah yang mengungkapkan kata-kata  ‘tahniah’ dengan cara yang unik semasa majlis perkahwinan mereka terbayang dimata. Dia mengeluh kecil. Rasanya bukan wanita itu. Berapa banyak ‘gundik’ yang suaminya ada?

            “Habis tu akak nak saya ucap takziah ke?” Adra bertanya dengan wajah yang sengaja dipoloskan. Kalau wanita itu mahu biadap, dia juga tiada hati mahu berlemah lembut. Dia bukanlah jenis orang yang mudah di perkotak katikkan.

            “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku.” Jeslina sedikit membentak. Tidak percaya Adra akan mengeluarkan kata-kata seperti itu.

            “Saya atau akak yang kurang ajar?” Shampoo di tangan Jeslina dicapai. Terus dia berlengang pergi. Tiada masa mahu melayan kerenah keanak-anakkan wanita itu.

            “Hoi betina…” Bahu Adra di tarik kuat.

            “Saya manusia yang Allah cipta dengan tahap sabar yang sedikit. Jangan sampai saya pun berkasar dengan akak nanti.” Adra berkata tegas. Bahunya terasa sedikit perit akibat ditarik oleh wanita biadap tersebut.

            “Kau ingat aku takut?” Terjegil mata Jeslina. Seketika kemudian senyuman sinis terukir di bibir bila terpandang kelibat Fariza yang sedang mengatur langkah ke arah mereka berdua.

            “Apasal beb?”

            “Kau tengoklah siapa aku jumpa.” Jeslina tayang wajah menyampah. Dalam pada masa yang sama dia seronok kerana sudah mempunyai penyokong. Bolehlah mereka bergabung tenaga menjatuhkan ‘makhluk perosak’ di hadapannya sekarang. Kalau dia tidak boleh dapatkan Zafry, dia akan pastikan Adra juga akan menerima nasib yang sama sepertinya!

            Adra mengeluh resah. Ikut rasa hati nak sahaja dia tinggalkan mangkuk hayun di hadapannya. Tetapi ada lagi yang perlu dia lakukan bagi menyedarkan makhluk tidak sedar diri itu erti menghormati orang lain.

            “Hello..” Adra angkat tangan. Entah siapalah pula wanita yang sedang menghampiri mereka. Gayanya lebih natural dan agak menarik pada pandangan matanya.

            “Kau tahu siapa dia?” Jeslina pura-pura bertanya kepada Fariza. Matanya tidak lepas dari memandang setiap pergerakkan Adra. Risau jika tersilap langkah, dia pula yang terkena.

            “Isteri Zafry yang akan jadi ex-wife tak lama lagi.” Ketawa keduanya bergabung. Saling bertepuk tampar. Seronok dapat mempermainkan Adra.

            Adra hanya mampu mengelengkan kepala. Kalaulah dia tidak tahu perangai suaminya sebelum mereka berkahwin, pasti dia sudah meraung sekarang. Pandangan matanya meliar mencari jalan untuk melarikan diri. Tetapi ada sesuatu yang berjaya mencuri tumpuannya. Senyuman nakal tersadai di bibir.  

            Pregnancy test kit dicapai. Wajah dengan penuh riak keceriaan sedaya upaya dilakar pada wajahnya yang sudah memerah. Memandang benda alah itu sahaja suduh cukup membuatkan dia berasa malu.

            “Akak tahu tak apa ni?” Suaranya diceriakan. Ditayang kotak kecil pada tangannya.

            “Kau ingat kita orang nak hairan? Kalau kau nak tahu, aku pernah mengandungkan anak Zafry.” Jeslina berkata dengan penuh rasa bangga. Walaupun kata-katanya hanyalah penipuan sekurang-kurangnnya dia puas hati. Sakit hati masih terasa, sudahlah dia di tinggalkan, Zafry tanpa rasa bersalah memberikannya kad jemputan perkahwinan. Benar-benar membuatkan dia merasa diri tidak berguna.

            “Kasihan lah akak sebab ‘pernah’..Saya pula ‘memang’ sedang mengandung sekarang. Ini beli sebab nak buat surprise dekat suami kesayangan saya tu saja.” Sengaja ditekan ayat pernah dan memang. Dalam pada masa yang sama hatinya sedikit hiba. Sedih bila wanita seagama dengannya tidak pandai menjaga maruah diri. Tidak malu pula mengaku maksiat yang sudah dilakukan. Mana adab sebagai seorang wanita Islam? Suaminya pun satu, semua mahu ‘dibaham.’

            “Kau jangan nak seronok sangat. Suami kau tu mudah rasa jemu. Jangan sampai satu hari nanti dia tinggalkan kau macam yang dia buat pada kami.” Fariza berkata lembut. Tetapi dia yakin bisa dalam kelembutan itu pasti sampai ke dasar hati Adra. 

“Terima kasih atas nasihat tu. Tapi saya kenal siap suami saya.” Wajah dimaniskan. Kalih sahaja wajahnya dari pandangan kedua wanita tersebut, terus di tayang wajah cemberut.

            Bunyi bising mulut kedua-dua perempuan murah di belakangnnya tidak dipedulikan. Wajahnya sudah terasa tebal berinci-inci bila beberapa pasang mata memandang ke arahnya dengan riak yang sukar difahami. Pasti sekarang dia sudah termasuk ke dalam golongan ‘muka tidak tahu malu’ yang bergaduh kerana seorang makhluk bergelar lelaki. Uhh..Ini suaminya punya fasal!
………………….
            “Nak sembahyang ke tidak?” Adra bertanya perlahan. Dia benar-benar tiada mood mahu beramah mesra dengan suaminya. Sakit hatinya masih terasa. Nampak sahaja wajah Zafry, terus dia terbayang wajah Jeslina. Benar-benar membuatkan dia terasa jijik. 

            “Sembahyang sajalah.” Zafry tarik bantal menutupi wajahnya. Balik sahaja dari rumah ayahnya, sepatah perkataan pun Adra tidak menegurnya. Buka sahaja mulut, bab sembahyang pula yang menjadi madah telingannya.

            “Adra dah sembahyang. Abang tu lah. Nak sembahyang ke tidak. Kalau nak Adra nak biar saja sejadah dekat sini.” Telekung ditanggalkan dan digantung pada penyangkut.

            “Tak nak.”

            “Nanti bila Mungkar dengan Nangkir tanya dalam kubur jangan jawab Adra tak ingatkan.” Semakin sinis kata-katanya. Ikutkan rasa sakit di hati nak sahaja dia baling segala apa yang ada ke arah suaminya. Biar mereka sama-sama sakit. Dia sakit di hati, suaminya sakit di tubuh. Baru adil.

            Zafry terdiam. Hairan dengan aksi isterinya. Apa yang telah ayah dia jamu kepada isterinya sehingga ‘pedas’ seperti itu? Bantal di alih dari wajah. Setiap aksi Adra di pandang penuh dengan tanda tanya. Lampu utama dipadam. Dalam samar cahaya dari handset yang dipegang oleh Adra dia melihat langkah kaki itu yang menghampiri ke arahnya.  

            “Adra nak tidur. Sanalah sikit.” Ditolak tubuh Zafry dengan tangannya yang kecil. Tetapi seinci pun tubuh itu tidak bergerak. Masih statik di tengah katil. Malas mahu memanjangkan cerita, dia menempelkan tubuh kecilnya di tepi Zafry. Lengan lelaki itu ditarik bagi menjadikan bantal. Beberapa potong ayat dibaca sebelum dia memejamkan mata. 

“Kau dah nak tidur ke?”

“Hem..” Adra tersentak bila tubuhnya dirangkul secara tiba-tiba.

“Adra nak tidur.” Perlahan dia berkata. Dia benar-benar tiada hati mahu mengedik dengan lelaki itu.

“Tidurlah. Aku bukannya nak kacau engkau.” Pelukkannya semakin dikemaskan. Sengaja mahu membuatkan isterinya menjadi gelabah. malangnnya Adra masih keras kaku. Tidak menolak. Juga tidak menerima. Lama dia mendiamkan diri. menanti jika Adra mengatakan sesuatu.

“Kau dah tidur ke?” Diintai wajah isterinya. Zafry mengeluh kecil bila mata Adra tertutup rapat. Hanya nafas itu yang menderu. Apa yang tidak kena dengan Adra?

Adra mendiamkan diri. dia rasa mahu menangis. Betullah kata ayah mertuanya, banyak cabaran yang terpaksa dia terima jika bersetuju menjadi isteri Zafry. Baru datang ujian yang kecil dia sudah terasa tidak sihat badan. Entah bagaimana kalau yang datang itu, adalah ujian yang besar. Entahkan mampu entahkan tidak dia menghadapinya.

Surat Cinta Untuk Disana : Akhirnya berjaya juga saya post nw n3…Dari semalam cuba…tp x boleh..line tenet mogok lapar. haha… papai…muahhh

7 ulasan:

  1. wah!! kesian adra.. tp sy cye yg adra leh wt zafry falling love kat dy.. nk lg kak cempaka rembulan..

    BalasPadam
  2. msti adra pregnant kan??

    BalasPadam
  3. I hate you zafri, huhu.. Kesian adra kena tanggung rasa sedih sorang diri

    BalasPadam
  4. Dugaan kecik...nie baru part zafry ada peminat...emm..ke kena buat reverse psyco, biar lelaki tergila2kan adra...tengok ego zafry mcmana....

    BalasPadam
  5. Sedeynya, sbr ye adra. Musuh gn taktik kotor. Kasi zafry mroyan jap so teruskn dgn aksi sejuk beku ye hihi

    BalasPadam
  6. nak lagi...nak lagi..nak lagi!!!!

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)