Hel!O mY DarLing!

Isnin, 2 September 2013

Jajan's : KERANA CINTAKU UNTUKNYA PART 8





            “Aku nak melamar dia.” Zyll pandang wajah Afiq. Jelas riak wajah lelaki itu berubah mendengar kata-katanya.

            “Melamar siapa?” Afiq bertanya meminta kepastian. Tergambar bayang dua orang gadis dalam fikirannya. Seorang penuh dengan kelembutan, dan seorang lagi kebal dengan ketegasan. Yang mana satu pilihan lelaki itu?

            “Sarah.” Ringkas jawapan Zyll.

            “Aku tahu Sarah... Tapi Sarah Khadijah ke Sarah Aisyah?”

            Zyll terdiam. Dia sendiri tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan utama. Mata dipejam. Seraut wajah yang pernah singgah dalam kehidupannya menjelma. Cuba dia mengusir bayang itu sejauh mungkin. Tak mungkin mereka akan bersama walaupun ‘rasa’ itu masih ada dan kejap bersarang di dalam hatinya.  Dan antara kedua wanita yang hadir dalam kehidupannya sekarang, ada yang telah mengusik hatinya. Memberikan ‘jiwa’ yang selama ini hilang.


Surat Cinta Untuk Disana : Saja bg ciput2 jajan’s... haha... Dah lm sy x update cerpen ni... Nanti sy ltak full part 8... :) Apa jd dengan Sara Lee nanti sy akan cuba rngkaikan... muahhh

2 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)