“Saya
tak sempurna.” Ya allah, kenapa lelaki itu mahu meharu-birukan
perasaannya? Rasa sebak mula melanda dek
kerana perasaan terharu yang menyapa. Anak patung beruang yang dihadiahkan tadi dipeluk erat.
Cuba meredakan kembali perasaannya.
“Tiada orang yang sempurna, dan saya
tak perlukan kesempurnaan. Cukup ada awak disisi saya.” Dia ingin mengesat air
mata yang mula menuruni lekuk pipi itu. Tetapi dia tidak layak. Mereka masih
belum terikat. Dan jika sampai saatnya nanti, dia akan pastikan tiada kesedihan
lagi yang akan melanda hati itu.
“Saya tak cantik. Nanti anak awak turun
gen saya mcam mana?” Yuyu masih menduga. Cuba mencari keikhlasan dimata itu.
“Saya tak kisah sebab saya dah cukup
kacak. Anak kita akan ikut wajah saya nanti.”Kali ini Hasif ketawa kecil. Sabar
sajalah. Saat mahu beromantika, pasti Yuyu akan keluarkan kata-kata lucu.
Hisy..memang tak romantik langsung.
“Saya sakit.”
“Awak cuma demam panas saja.
Bukannya ada sakit merbahaya. Kalaupun betul awak sakit, saya akan jaga awak sampai
akhir nyawa saya.” Erghh,,, Hasif benar-benar tidak tahan. Rasa nak sahaja dia
ketawa kuat-kuat. Entah apalah alasan yang direpekkan oleh Yuyu. Sukar
sangatkah mahu terus menerima?
“Saya tak pandai masak.” Sangupkah
lelaki itu menahan perut menikmati hidangan yang akan dia ‘persembahkan’ nanti?
“Kan boleh belajar. Nanti saya
carikan kelas masakkan untuk awak.” Hasif tertunggu lagi alasan dan soalan
tidak munasabah dari Yuyu.
“Athirah...” Terhenti bicaranya.
Takut mengundang rasa tidak senang dihati lelaki itu. Tetapi dia benar-benar
mahukan kepastian.
“Sejuta tahun sekalipun, saya tak
akan pilih dia. Dia tak istimewa macam awak. Dan saya tak nak ada Emran dalam
perhubungan kita.” Menyebut nama sepupunya sudah menimbulkan riak kurang senang
dihati Hasif. Lelaki itu benar-benar menguji kesabarannya. Dulu beria-ia tidak
mahu. Sekarang mengendeng sudah seperti magnet. Mujurlah tidak dilayan oleh
‘pojaan hatinya..’ Kalau tidak.....
“Emran pun tak istimewa macam awak.”
“Saya tahu.” Hasif ketawa kuat bila
Yuyu mencebik.
“Syuhhh...Nanti nurse marah.” Yuyu
menegur. Lelaki itu suka benar ketawa sekarang. Kalau tidak...Asyik menayang
wajah tidak berperasaan sahaja. Tetapi dia benar-benar suka melihat tawa itu
kerana Hasif akan kelihatan lebih kacak berbanding biasa.
“So, macam mana?”
“Biar saya fikir dulu.” Mata
dinaikkan ke atas. Jari telunjuk diketuk di bahagian dagu. Pura-pura berfikir.
“Ke nak saya buat yang lagi
romantik?” Hasif bertanya. Senyuman tersadai dibibir bila Yuyu tercengang
mendengar pertanyaannya. Terus dia bangun. Kali ini dia melutut di tepi katil.
“Awak nak buat apa tu?” Yuyu
gelabah. Dia tahu niat lelaki itu. Tetapi dirasakan masa tidak sesuai bila mana
di muka pintu sudah ada ahli keluarga mereka yang mula melangkah masuk.
“Miss Puyu,
will you marry me?” Kotak cincin yang sejak tadi digengam dihalakan
ke arah Yuyu. Dia perasan kedatangan ahli keluarga mereka. Cuma dia saja buat
tidak tahu. Mahu mereka menjadi saksi yang di bersunguh-sunguh kali ini.
Terus terdiam Yuyu. Hatinya
benar-benar terharu. Cuma...gerammmnya. Apasal Hasif nak spoilkan mood dia yang
tengah up sekarang? Puyu? Heloo...
Walaupun sedikit bengang, kotak
baldu bewarna merah di tangan Hasif tetap dicapai. Mata dipejam sejenak.
Setelah reda perasaan gemuruh dijiwa, perlahan-lahan dia membuka kotak cincin.
Saat itu dia kaku.Tidak tahu apa yang harus dikatakan.
“Cantik sangat ke cincin tu?” Puan
Sri Azah berbisik kepada Camelia. Menantunya itu hanya mengangkat bahu tanda
tidak tahu. Dia sendiri teruja mahu menantikan apa yang bakal berlaku. Entah
mengapa kenangan semasa dia melamar suaminya beberapa tahun dahulu mula bermain
difikiran. Menerbitkan senyuman di bibirnya.
Yuyu merobek isi bekas.
Diketuk-ketuk bekas ditapak tangannya. Berharap barang yang diidamkan ada di
dalam bekas itu. Malangnya tiada apa-apa pun. Terus bekas kosong itu ditala di
hadapan Hasif. Menanti jawapan. Bengang rasa hati kerana dipermainkan.
Surat Cinta Untuk Disana
: Yihaa....part yg sy suka...hpe korang pn suka...Tp separuh ajelah..apa yg
jadi lepas itu?...biarlah rahsia....muahhh..papai....