Hel!O mY DarLing!

Sabtu, 15 Jun 2013

Jajan's Bab 21 Miss Puyu, Will You Marry Me?




“Nah.” Satu sampul surat diserahkan kepada Yuyu.

            “Apa ni?” Teragak-agak Yuyu menyambut. Surat apa? Jangan surat buang kerja sudahlah. Walaupun sakit jiwa melayan karenah Hasif tetapi dia sayangkan kerjanya. Rasa gembira dapat menanggung diri dengan duit poket sendiri walaupun keluarganya lebih daripada mampu untuk menanggung dia. Sekarang pendapatnya mengenai pekerjaan sudah berubah. Tidaklah ‘membosankan’ seperti yang dia selalu bayangkan selama ini.

            “Aku nak kau type balik surat ini kemas-kemas. Lepas itu tolong postkan. Alamat penerima ada aku tulis dalam surat.” Hasif tersenyum manis memandang Yuyu. Hatinya berbunga bahagia. Meroyanlah kau kejap lagi minah oii..

            “Oh, okey.” Dengan wajah yang pelik Yuyu melangkah pergi. Entah apa yang tak kena. Tak pernah-pernah tersenyum. Agaknya semalam banyak makan gula, itu yang tiba-tiba tersenyum bagai. Dalam masa yang sama hatinya agak risau. Risau kerana tingkah Hasif berubah-ubah dalam masa yang singkat. Tadi marah bukan main. Sekarang senyum melebar sampai ke telinga. Entah apalah yang di rancang. Yang pasti dia harus berhati-hati.

            “Cepat sikit type. Aku nak surat tu sampai segera.” Sebelum menutup pintu sempat dia mendengar suara Hasif. Yuyu hanya mengeluh.

            Microsoft word di buka. Surat yang tidak sempat di keluarkan dari sampul terus di tarik keluar. Bersedia untuk menaip.

            “Hasif Amsyar Bin Hashim..” Cekap tangannya menyentuh keyboard. Baru ingin melihat nama penerima dia terdengar namanya di panggil. Tercari-cari dia arah datangnya suara itu.

            “Yuyu, sinilah.” Anita memangil lagi.

            “Ada apa?”
           
            “Kau ada kerja ke?” Anita bertanya. Dalam pada masa yang sama tangannya cekap menekan tetikus. Lagaknya seperti terlalu sibuk.

            “Kejap lagi kau tolong approvekan ‘nyawa’ untuk aku. Nyawa aku dah habis hari ini.”

            “Nantilah. Aku banyak kerja.” Sakit hati pula Yuyu mendengar. Dia penat menghabiskan kerja Anita, yang gadis itu pula penat menyelesaikan game dalam Facebook. Tak aci. Ini semua salah Hasif. Suka sangat menyusahkan hidup dia.

            “Jangan lambat sangat tau.”

            “Iyalah-iyalah.” Malas Yuyu menjawab. Kerja yang tegendala mahu di teruskan semula.

            “Camelia Yusnita Binti Kadir.. Eh, nama aku ni.” Dalam kehairanan dia terus membaca surat yang kemas bertulis tangan.

            “Dukacita dimaklumkan cuti cik tidak dapat diluluskan disebabkan faktor-faktor berikut.” Pantas surat di gengam erat. Terketar-ketar kepalanya menahan geram. Faktor yang dinyatakan dia tidak mahu baca. Takut bertambah sakit di hatinya. Lelaki itu memang sengaja cari pasal. Dengan perasaan bengang, laju dia berjalan memasuki bilik Hasif. Tidak perlu di ketuk, terus dia redah masuk.

            “Apasal tak nak luluskan cuti saya? Lama saya kerja di sini, sehari pun saya tak cuti lagi tau.” Terus dia menyerang Hasif yang sedang leka menaip sesuatu. Jelas lelaki itu terpinga-pinga kerana tidak bersedia menghadapi serangan mendadak dari dia.

            “Suka hati akulah nak luluskan ke tidak. Yang kau sibuk tu kenapa? Aku bos ke engkau bos?” Dengan nada angkuh Hasif berkata. Dia puas hati melihat api kemarahan di wajah itu. Sekurang-kurangnya sakit hati dengan gelagat Yuyu semasa mereka keluar bersama Carina terubat. Dirasakan maruahnya sudah jatuh merudum di hadapan sahabatnya itu.

            “Belagak boleh. Tak apa, tak nak luluskan ye? Okey fine.” Ini Yuyulah. Dia akan fikirkan cara lain nanti. Kalau dah namanya cucu cicit Tun Teja, tak akan dia gentar mengharungi cabaran. Hendak berperang sangat kan? Dia sambut cabaran itu.

            “Satu lagi sebelum aku terlupa, Kau jangan berani nak datang rumah tok aku.” Dia memang marahkan Camelia dan Amjad mengenai perkara itu. Tidak suka apabila orang luar di ajak menghadiri majlis keluarga mereka, apatah lagi kalau si minah puyu sengal.

            “Saya akan pastikan saya pergi majlis tu nanti.” Terus dia melangkah pergi. Kalau kelmarin dia was-was ingin pergi, hari ini dia benar-benar mahu ke Kedah. Biar Hasif sakit hati. Biar menanah otak itu mencari idea untuk menghancurkan kehidupan dia. Kedah, here i come. Yihaa...

Surat Cinta Untuk Disana : Lepas ni kita beromantika versi Hasif dan Yuyu... ;)

4 ulasan:

  1. kahkah ...bersedia la hasif
    full n3 full n3 full n3
    kalo cite nie da siap full ..sy nak !!!
    mane la tau nk wat ebook ..dgn lajunye sy mengoder :D

    -yoozara-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah Yoozara kot ada rezeki...Doakan sy.. :)

      Padam
  2. harap2 cite nie boleh ending at blog nie.. xsabar nak tunggu full n3..msti best..hehe

    BalasPadam

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)