Apa engkau mengarut ni Nafiz? : Umar Zafry
Nafiz menarik nafas panjang. Kemudian
di hembus perlahan-lahan. Terasa lega peparu setelah tadi nafasnya hampir
semput akibat berlari. Rasanya sudah hampir sebulan dia tidak berlari sejauh
hari ini. Setelah berasa lega, dia menapak perlahan mendekati susuk tubuh yang
keras kaku disebuah bangku yang disediakan.
“Kau ni asal? Muka masam dari tadi
lagi. Macam orang mati bini dah aku tengok.” Nafiz hampir tergelak bila wajah
itu bertambah teruk masamnya. Memang besar punya masalah ini. Mahu bertanya
berlebihan, takut dia pula yang disembur nanti.
“Aku tengah geram ni. Kau jangan nak
buat lawak bodoh dekat sini pulak.” Suaranya sedikit meninggi. Sensetif telinganya
menangkap ayat ‘bini’ segala. Semak dikepala terasa semakin menimbun. Wajah
budak kampung itu terbayang dimatanya. Benci betul.
“Uihh tanya sikit pun nak marah.
Datang bulan ke apa?” Nafiz berkata perlahan bagaikan berbisik pada diri sendiri.
Sedikit marah bila Zafry naik angin. Ingat dia punya angin saja ada.
“Mahunya aku tak marah. Kau tu sebut
isteri segala. Ingat best ke?”
Suaranya merendah sedikit. Bukannya Nafiz tidak tahu ‘ceritera cinta’ yang
bakal terjadi beberapa hari lagi. Ayahnya dalam mencari jodoh memang patut
diberi tepukkan gemuruh. Gila buruk citarasa. Nak suruh kahwin pun carilah
gadis cun-melecun sikit. Seleralah jugak mahu diseret ke katil. Sedikit
sengihan nakal tersunging dibibirnya. Tapi sekejap sahaja bila wajah si hodoh
itu kembali terlayar pada ruangan matanya. Dengan fesyen rambut ntah apa-apa
memang out nak jadi isteri pilihan.
“Ok apa. Cun jugak aku tengok bakal
bini kau tu. Badan pun umphh jer.
Lagipun bagus jugak kau kawin awal, terselamat kau dari dosa. Lepas ni tak
payahlah kau nak angkut perempuan sana-sini. Kau pakai jelah isteri kau tu.
Dosa hilang pahala pun dapat.”
“Kepala hotak kau. Sejak bila kau
fikir dosa pahala ni? Kau pun dua kali lima macam aku jer.” Tawanya hampir
meletus. Rasa kelakar pulak bila Nafiz bercakap tentang dosa pahala. Kawannya
itu pun rosak macam dia jugak. Ada hati nak nasihat konon. Boleh blah la.
“Aku cakap jelah. Kau ingat aku tak
nak bertaubat ke? Seru je belum panggil aku.” Sedikit sengihan dihadiahkan
kepada Zafry. Sunguh, bila difikirkan tentang dosa, pahala, syurga, dan neraka,
dia memang takut. Malangnya azam tidak cukup kuat untuk meninggalkan segala
keseronokkan itu.
Hendak harapkan mama dan papanya
bagi nasihat? Kirim salam sajalah. Bapak borek anak rintik. Diorang pun sama
sahaja seperti dia. Mana pernah kira hukum hakam. Main belasah semua benda.
Kawan nak bagi tazkirah? Selamat
segala. Bagi tazkirah untuk ‘menerukkan’ lagi dia bolehlah. Ada kawan pun
semuanya sama spesis. Nak harapkan Zafry? Dia rasa dia lagi baik sekali ganda daripada
lelaki itu.
“Cakap macam kau dah nak bertaubat.
Gila geli. Bertambah sakit hati aku.
“Alah kau kenal-kenallah dengan dia
dulu. Mana tahu nanti kau tersangkut.”
“Tak payah nak harap lah. Nak tengok
pun aku tak ada selera.”
Surat cinta untuk disana
: Silalah rajinkan jari jemari anda mengomen kot ada yg tdk dipuas hatikan…Muahhhh
wahh bestnya....
BalasPadamTq ano.. :)
Padambestnya...tp kali ni macam pendek lh............
BalasPadamnnti full n3 kta cba pnjangkan.. :)
Padambest2
BalasPadamtq ruunna qizbal.. :)
PadamBEST...
BalasPadamtoce-tocee..:)
Padam