Hel!O mY DarLing!

Khamis, 13 Jun 2013

Miss Puyu, Will You Marry Me? Bab 20



“I love you sayang. Will you marry me?” Hasif menanti penuh debar. Wajah sang pujaan hati di tatap dengan penuh pengharapan.

            “Apa balasan yang saya dapat kalau saya berkahwin dengan awak?” Si pujaan hati bertanya. Wajah jejaka yang sedang melutut sambil memegang sejambak bunga ros merah di hadapannya di tatap.

            “Saya akan tunaikan apa sahaja permintaan awak. Kalau nyawa sebagai galang ganti sekalipun saya sangup.” Hasif yakin lamarannya pasti akan di terima. Sikit hari lagi dia bakal begelar pengantin. Yihaaa....!

            “Saya...Tak..Nak...Kawin...dengan..Awakkkkkkkkkkkkkkk!!! Si gadis menjerit sekuat hati.

            Hasif tersentak. Pantas dia bangun. Badannya terasa berpeluh. Jantung berdegup dengan pantas seperti baru lepas berlari. Wajahnya di raup berkali-kali. Kain tuala di capai. Yang pastinya dia tidak mahu tidur balik. Takut mimpi ‘ngeri’ itu kembali menghantuinya.

            “Apasallah minah tu boleh masuk dalam mimpi aku?” Di bawah pancuran air dia mengomel seorang diri. Jelas wajah si minah puyu terpampang. Dia rasa ini semua di sebabkan pagi tadi dia ‘dikenenkan’ dengan Yuyu oleh ahli keluarganya. Ke tidak sangupannya di bawa sampai ke dalam mimpi. Menyeramkan sugguh.

            Selesai sembahyang subuh, baju kerja yang sudah siap di seterika di sarungkan ke tubuh. Setelah berpuas hati, tie yang sudah siap di bentuk di sarungkan di leher. Salah satu kelemahan dia ialah dia memang tak tahu hendak membuat simpulan tie. Sudah berpuluh kali di ajar, malangnya ikatan itu bagaikan begitu susah untuk di ikut. Jadi mama yang menjadi mangsa untuk membentuk. Dia hanya tahu dan sarungkan sahaja.

            Sedikit minyak wangi disembur ke tubuh. Briefcase di capai dan terus dia melangkah keluar.


            Suatu benda berjaya menarik perhatian membuatkan langkahnya terhenti. Bagi mendapatkan kepastian yang dia tidak tersalah lihat, handphone di keluarkan dari poket seluar.

            “Aarghhh..” Dia menjerit kecil. Geram dengan diri sendiri. Sekarang baru pukul dua pagi! Takutkan sangat ‘dikejar’ mimpi ngerinya membuatkan dia tidak dapat berfikir. Subuh apa kenamanya tadi? Keluhan berat terhembus. Tubuhnya di rebahkan keatas sofa.

            Plastik berisi bingkai gambar yang berada di atas meja di capai. Lepas diambil petang beberapa hari lalu, dia langsung tidak sempat membelek. Bingkai gambar bersaiz sederhana besar di keluarkan dari plastik. Rakus dia mengoyak kertas bewarna coklat yang di balut menutupi bingkai gambar.

            “Cantiknya.” Kata-kata itu terluah dari bibir setelah apa yang ingin dilihat menjelma di hadapan mata. Gambar gadis sebelah rumah yang berjaya mencuri tumpuannya. Gambar yang telah diolah sedikit bagi mencantikkan lagi suasana berjaya membangkitkan alement romantik dan soft pada gambar.

            Dia tidak tahu apa yang merasuk, Cuma apa yang nyata, dia benar-benar terpukau. Hanya itu. Dan sekarang dia mula menyukai hujan.

            “Kalau isteri orang macam mana?”

            “Mustahillah. Tak pernah nampak suami dia pun.”

            “Dia pun kau tak tahu wajah macam, mana nak tengok suami dia pulak?” Hasif bermonolog sendiri. Masalah negara betul.

            “Baik aku tidur. Fikir benda ini sampai ke esok pun tak habis.” Doa tidur di baca dan dia cuba memejamkan mata kembali. Dalam pada masa yang sama dia berdoa agar si puyu sengal tidak menjelma dalam mimpinya. Kalau jiran sebelah? boleh ajer! Bingkai gambar di peluk erat.
......................
          
      “Letihnya.” Tubuh terasa lemau. Tenaganya bagaikan di sedut keluar dari tubuh. Hari ini sekali lagi dia menjadi mangsa buli. Mentang-mentanglah bosnya tiada, Hasif mula bermaharaja lela menunjukkan kuasa. Dari pagi tadi sibuk mengarah itu ini.

            “Nescafe o sejuk segelas. Hantar cepat.” Yuyu tersentak. Kus semangat. Wajah Hasif yang tiba-tiba tegak berdiri di hadapannya di pandang. Dia ingin membantah. Tetapi rasa hormat masih ada membuatkan amarah yang di rasa di tahan sedaya upaya mungkin.

            “Nanti saya hantar.”

            “Bukan nanti, se..ka..rang!” Pantas dia berlalu. Senyuman mekar tersadai di bibir. Hatinya puas. Entah mengapa di rasakan, sehari tidak membuli, dunianya terasa suram. Lagipula dia nak Yuyu rasa letih, sama macam dia rasakan. Dari pagi tidur tak nyenyak dek dihantui setiap masa.

            “Dia cari pasal lagi?” Anita bertanya. Kasihan melihat Yuyu. Hari ini dia hanya duduk goyang kaki. Berfacebook dari pagi sampai ke petang kerana kerjanya sudah di serahkan kepada Yuyu. Bosnya memang tidak senang melihat Yuyu tidak membuat kerja. Apa yang di marahkan sangat tak tahulah. Macam tak logik pulak di rasakan ‘dendam lif’ meleret sampai berbulan.

            “Habis itu, kau ingat dia tengah berpuisi depan aku?” Dengan langkah malas dia bangun ingin melangkah pergi ke pantry. Dalam hati dia tidak putus berdoa, agar rasa amarah yang mula membara dapat di kurangkan.

            “Puisi cinta, apa salahnya.” Anita mengusik.

            Shut up lah engkau.” Malas mahu melayan. Dia tidak ingin jatuh cinta kepada lelaki pembuli seperti itu, walaupun di hatinya sudah ada getar bertandang.
            .........................
            
     “Letih sangat ke?” Carina bertanya. Masam wajah adiknya mencuri tumpuan. Jarang benar Yuyu menayang wajah masam seperti itu.

            “Hemm. Nak makan dekat mana?” Seat belt ditarik  dan di pasang ke tubuh. Hari ini Carina yang menjemputnya. Pagi tadi dia terlewat bangun. Mujurlah Camarul sudi menjadi pemandu tak berbayar. Encik Darling di tinggalkan di rumah umi dan abah kerana semalam memang dia tidur di rumah keluarganya.

            “Dekatt..Eh kejap. Itu macam kenal saja.”

            “Siapa?”

            “Itu, lelaki yang pakai baju biru.”

            Pantas Yuyu melihat ke arah yang di tunjukkan Carina. Terus padam semangatnya. Hasif Amsyar. Carina kenal ke?

            “Yuyu tunggu kejap. Kak Ina nak pergi tegur.” Pantas Carina meloloskan diri dari kereta. Tak sempat untuk Yuyu menghalang.

            Yuyu memerhati gelagat Carina dan Hasif. Cara mereka berbual seperti sudah lama berkenalan. Tangan Carina yang menunjuk-nunjuk ke arah kereta membuatkan dia pantas menundukkan wajah. Tangan di bawa menutup muka. Berdoa supaya kelibatnya tidak kelihatan. Dengan perlahan-lahan dia melungsurkan diri kebawah.

            “Ini yang duduk dekat bawah kenapa?” Pelik Carina memandang gelagat Yuyu yang elok melending di bawah.

            “Duit dua puluh sen jatuh. Ini nak carilah ni.” Yuyu pura-pura meraba sekeliling. Kantoi terang-terangan. Tak sedar bila Carina membuka pintu kereta.

            “Dua puluh sen ajer kot. Bangunlah. Jom pergi makan.” Entah apa punya perangai adiknya seorang ini.

            “Dua puluh sen itu pun duit. Tak ada dua puluh sen tak cukup sejuta.”

            “Banyak sangat alasan.” Carina hanya mampu mengeluh. Sudah masak dengan telatah Yuyu.

            “Kak Ina kenal ke lelaki tu?” Yuyu pura-pura bertanya.

            “Kenal. My bestfriend masa belajar dulu. Dah lama lost contact, tak sangka boleh jumpa dekat sini.” Senyuman melebar di bibir Carina, dan entah mengapa senyuman itu melahirkan rasa kurang senang di hati Yuyu.

            “Oh. Bestfriend ke boyfriend?” Dia pura-pura mengusik. Selagi tak dapat jawapan yang pasti selagi itulah hatinya tidak tenang.

            “Memandai jelah.” Carina hanya ketawa kecil mendengar pertanyaan Yuyu.

        Yuyu membuang pandang ke luar. Leher yang lenguh sesekali diurut lembut. Cuaca semakin suram walaupun sekarang baru pukul enam. Rasanya hujan akan turun sebentar nanti.

            “Lambat lagi tak nak sampai? Kak Ina nak makan di mana?” Yuyu bertanya setelah di rasakan mereka terlalu lama berada di dalam kereta. Perutnya sudah menjerit meminta habuan. Tengah hari tadi hanya roti gadenia yang menjadi alas perut. Dia tak sempat untuk keluar makan kerana kerja yang diarahkan oleh Hasif terlampau banyak. Baru nak siap kerja ini, sudah datang kerja itu. Memang tak suka tengok dia senang. Dasar kedengki!

            “Ini dah nak sampai. Kejap aje.” Signal di beri dan dia mula membelok.

            “Dah sampai. Jom.” Kereta di berhentikan di bahu jalan berhadapan dengan sebuah restaurant masakan Thai.

            “Bukan Kak Ina tak suka masakan Thai ke?” Pelik Yuyu bertanya. Carina adik ‘sejati’ Camarul. Tidak tahan pedas. Salah satu makanan yang di reject adalah masakan Thai yang memang terkenal dengan kepedasannya.

            “Tak apa. Jomlah.” Carina terus melangkah keluar. Melayan Yuyu bercakap, sampai besok belum tentu habis.

            “Jangan lupa, ambil kunci kereta.” Sempat Carina berpesan sebelum dia melangkah pergi.

            “Eh, nantilah kejap. Kepala di keluarkan melalui tingkap. Di pangil-pangil nama Carina. Malangnya, dalam kekalutan kepalanya terhentak kuat di pintu kereta. Pengepit rambut jenis sangul yang di gunakan patah, menyebabkan rambutnya terurai. Kulit kepala yang terasa perit, di usap-usap.

            “Alah.” Dia mengeluh resah. Beg tangan di capai. Diselongkar segala isi bagi mencari getah yang mungkin ‘tersesat’ di dalam begnya. Geram mula melanda bila apa yang di cari tiada.

            Sikat rambut yang memang sentiasa dibawa dikeluarkan. Rambutnya yang sedikit ikal di sikat dan di biarkan lepas bebas. Setelah berpuas hati dia menutup kembali tingkap kereta yang di buka. Badan di mengiring ke tempat duduk sebelah. Enjin di matikan. Kunci kereta di masukkan ke dalam beg sebelum dia melangkah keluar.
            ........................
        
            “Dah lama kau balik Malaysia?” Minuman yang baru sampai di sedut. Hilang dahaga yang mengasak.

            “Baru jelah. Balik bercuti sekejap aje ni. Ada lagi enam bulan nak tamatkan master. Kau buat apa sekarang?” Carina tersenyum memandang lelaki yang pernah bersahabat baik dengannya dahulu.

            “Kerja dengan my dad.” Lelaki itu ketawa bila si gadis menayang riak wajah tidak percaya.

            “Dulu bukan kau ke yang beria-ia tak nak kerja dengan dia?” Carina bertanya. Teringat kisah dulu-dulu. Lelaki itu memang jenis yang berdikari. Orang lain sibuk nak bergembira bersama rakan, dia pula sibuk mengejar duit poket sendiri semata-mata tidak mahu di katakan menumpang harta keluarga. Sangup bekerja sebagai waiter di sebuah restaurant Perancis.

            “Dulu memang aku tak nak. Dah pernah kerja dekat tempat lain. Tapi biasalah. Papa aku bukan muda lagi. Kesian dekat dia itu yang aku kerja dengan dia”

            “Owh, i see. So sekarang ni kau dah jadi orang kaya lah ye?” Carina ketawa bila Hasif membeliakkan mata tanda tidak berpuas hati mendengar kata-katanya.

            “Kaya apanya. Aku pun makan gaji cik kak oi.”

            “Iyelah tu.”

            “Tak percaya pulak dia. Eh, tadi cakap datang dengan adik kau, mana dia? Tak nampak pun.” Hasif memerhati sekeliling. Mencari gadis wajah yang seakan menyerupai Carina.

            “Dia tak masuk lagilah. Adik aku tu jenis tak tahu malu sikit. Kau tak usah nak cari dekat meja lain. Tak adanya dia nak ‘bawa diri.’ Kejap lagi datanglah.” Carina hanya ketawa. Yuyu memang bukan spesis bagi ‘peluang’ untuk orang berdating. Dia tetap akan menempel walaupun isyarat menghalau di berikan berkali-kali.

            “Kak Ina, tak aci betullah. Kenapa tinggal Yuyu sorang-sorang.” Kerusi sebelah rakan Carina terus di tarik. Patutlah beria-ia nak makan dekat sini, rupanya dah buat temu janji.

            “Bukannya jauh pun sayang oi. Seberang jalan tu saja. Ini Kak Ina kenalkan. Am, ini adik aku, Camelia Yusnita, tapi boleh panggil Yuyu, and Yuyu ini Abang Am. My bestfriend yang Kak Ina cakap tu.”

            Hasif terkebil-kebil merenung Yuyu. Jantungnya bertukar rentak secara tiba-tiba. Sedaya upaya dia cuba mengawal pernafasan yang tidak teratur. Tak pernah Yuyu melepaskan rambut. Apa yang pasti ia mengingatkan dia kepada seseorang. Tetapi dia cuba menolak. Mungkin hanya mainan perasaannya saja.

            Yuyu mengaru kepalanya yang gatal. Wajah sebelah yang di jengah membuatkan dia mula rasa meloya. Di mana ada dia di situ ada mamat belagak. Berjodoh sunguh. Hailaa...

            “Hai.” Lemah dia berkata. Tak lalu nak menegur dengan ramah umpama mereka tidak saling mengenali dan tidak pernah bergaduh. Nak berlakon pun otak dah rasa krem.

            “Hem.” Hasif masih terkedu. Kecilnya dunia. Tak sangka yang puyu jadian adalah adik Carina.

            “Lah, letih sangat ke?” Hairan Carina dengan gelagat adiknya. Kalau tidak dialah ratu berbicara. Tak kasi peluang pada orang lain. Hari ini semacam pula di rasakan.

            “Mahunya tak letih Kak Ina. Hari ini Yuyu kena buli.” Dalam letih ayat ‘membelai jiwa’ mula di keluarkan. Sekarang bukan waktu bekerja. Jadi suka hatilah dia nak cakap apa pun.

            “Siap yang buli adik Kak Ina? Cuba cakap.” Carina panas hati. Dia memang pantang kalau bab buli membuli diperkatakan.

            “Mamat perasan bagus Kak Ina. Belagak saja lebih. Tapi habuk pun tarak.” Air laici yang menjadi kegemaran Carina di capai dan di sedut rakus. Dia tiada masa nak control ayu. Hendak pulak di hadapan musuh tradisi. Kirim salam sajalah.

            Hatinya panas secara tiba-tiba. Memang berlebih-lebihan. Nak kutuk tak agak-agak. Nasib baik ada Carina, kalau tidak sudah di sekehnya kepalaYuyu. Sudahlah tu, suka hati saja rembat air dia.

            “Yuyu, itu air Abang Am lah. Ini air Kak Ina.” Jus tembikai di tunjukkan. Buat malu sahaja adik dia.

            “Srupp...” Terus licin air di sedut. Langsung tidak berbaki. Kembung mulutnya dengan straw masih di dalam mulut. Alamak.. Isi  gelas di jengah. Hanya tinggal ais cube dan beberapa biji buah laici. Kenapa hari ini Carina berubah selera?

            “Dah habis. Order lainlah ye Abang Am.” Sengaja dia menguatkan pangilan Abang Am. Abanglah sangat. Menyampahnya.

            “Tak apa Yuyu. Abang Am tak kisah.” Senyuman sinis dengan isyarat memotong leher di tunjukkan kepada Yuyu bila dia perasan Carina mengalihkan pandangan ke arah lain. Terkumit-kumit mulutnya ‘carutkan’ Yuyu.

            Yuyu mencebikkan bibir dan wajahnya di paling ke sisi. Rambut yang berserabut di tiup angin kipas di pebetulkan. Tangannya melambai-lambai ke arah seorang waitress.

            “Nak minta getah barang boleh? Satu saja.” Yuyu bertanya bila seorang remaja yang dipanggil menghampiri meja mereka. Gadis itu hanya mengangukkan kepala dan terus berlalu pergi. Yuyu tersenyum senang hati. Dia benar-benar perlukan getah barang saat ini. Rambutnya yang lepas bebas terasa merimaskan.

            Hasif memejamkan mata. Dari sisi memang seakan sama. Sekali lagi dia  cuba menafikan.

            “Kak ina dah order makanan belum? Yuyu dah lapar.” Perutnya yang kempis di usap perlahan. Kemudian, sikunya yang berada hampir di sisi tubuh Hasif sengaja di hentam kuat ke pinggang lelaki itu.

            “Arghh...” Hasif menahan perit. Pingangnya pantas di pegang. Kalau selalu macam ini, boleh luruh organ dalaman dia.

            “Kau dah kenapa?” Kalut Carina bertanya. Apa yang pasti dia dapat rasakan Yuyu mengenali Hasif. Bukan dia tak perasan gelagat kedua manusia di hadapannya. Saling berbalas jelingan. Sekarang dia hanya mahu menonton lakonan mereka berdua. Best juga kalau ada selingan bagi memeriahkan suasana. Tak tonton rasa rugi.

            “Ada semut betina sesat.” Ngilu rasa pingangnya. Entah apa jenis siku itu. Tajam ya amat. Setajam lidah itu berbicara.

            “Wah, semut tu terbekenan kan kau tak?” Carina mengusik. Jelas riak wajah adiknya berubah. Tak pasti sama ada malu ataupun bengang.

            “Aku rasa pun macam tu jugak.” Hasif menganguk-anguk tanda bersetuju dengan pendapat Carina.

            “Kak Ina kita balik makan dekat rumah saja lah. Yuyu masak.” Okey, dia mengalah. Malas mahu melayan.

            “Kak Ina dah order. Kejap lagi sampailah. Sabar kejap.” Takut dia mendengar ayat ‘Yuyu masak.’ Fobia.

           “Wah, pandai ke adik kau ni masak ina?” Hasif bertanya. Tengok gaya macam tak tahu apa-apa.

            “Eh, tengok tanganlah.” Jari jemarinya yang kecil dihalakan ke arah Hasif. Pandang orang sebelah mata. Ini Yuyulah. Pakar dalam bidang masakan!

            “Hem, memang pandai.” Carina tergelak. Sabar sajalah. Pandai sampai boleh masukkan orang ke dalam hospital.  

            “Jari kodok.” Hasif sempat mengutuk.

            “Dah jangan gaduh.” Carina menegur.

            “Siapa gaduh?” Serentak ayat itu meluncur keluar dari bibir mereka berdua. Kemudian masing-masing saling berbalas pandangan sebelum mula menarik muka. Lakonan yang di tunjukkan di hadapan Carina terus lebur. Taring mula di tunjukkan.  Letih nak control-control.

            Carina galak ketawa. Sehati dan sejiwa sungguh. Saat ini dia yakin mereka memang saling mengenali.

            “Syarikat kau apa nama apa Am?” Carina bertanya bagi mendapatkan kepastian.

            “Twin Holding, kenapa? Kau nak kerja dengan aku ke?” Hasif bertanya.

            “Patutlah. Adik aku ni pun kerja dekat situ jugak. Kau tak pernah jumpa dia ke?” Sekarang dia memang pasti. Mereka saling mengenali.

            “Tak.”Serentak lagi ayat itu meluncur dari bibir mereka berdua.

            “Okey.” Carina senyum sumbing. Memang sah, yakin dan pasti. Diorang memang kenal.
...........................
            
         Yuyu tidak mahu kalah. Kerang bakar yang menjadi rebutannya dengan Hasif sedaya upaya cuba di dapatkan. Mereka saling kuis-menguis mengunakan pengepit yang di sediakan.

            “Kan ada banyak lagi yang lain. Buat apa nak rebut yang itu?” Beberapa biji kerang Carina letakkan atas pemanggang. Dari tadi tidak jemu menayang perangai tidak senonoh. Sakit hati pula dia melihat gelagat Hasif dan Yuyu.

            “Yang ini sedap.” Hasif berkata tegas. Dia tak boleh kalah.

            “Kalau sedap sangat, apa kata aku yang ambil.” Terus Carina menyambar apabila kerang itu terlepas dari penyepit Hasif dan Yuyu. Di kopek dan terus di makan. Memang auta. Kalau dah  namanya kerang, buat apa pun tetap rasa kerang, tak akan betukar jadi rasa ayam.

            Yuyu memandang Carina dengan pandangan tidak puas hati. Saja kedengki. Senduk kecil yang di letakkan di dalam mangkuk berisi tom yam di capai. Dia tersentak bila secara tiba-tiba tangan Hasif turut mengarah ke arah yang sama. Mereka saling berbalas pandangan sebelum masing-masing kalut menarik tangan sendiri. Saat itu Yuyu rasakan, jantungnya bagaikan mahu melompat keluar.
           
        Hasif mendiamkan diri. Sekejap lagi dia mahu mengambil ubat. Dahi yang berpeluh secara tiba-tiba di kesat. Apa sudah jadi? Dia lelah untuk menembak perasaan sendiri.

Surat Cinta Untuk disana : Aloha...dah bca cecuba komen.... 


           
           

7 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)