Zafry
memengang kemas botol minuman. Sesekali dia meneguk rakus. Kepalanya turut teranguk-anguk
mengikut irama bingit yang berkumandang. Dia sudah separuh mabuk. Jeslina,
wanita yang baru dikenali lebih kurang sejam tadi dijeling dengan pandangan
nakal. Lidahnya menjilat sedikit bibir. Liur ditelan berkali-kali. Gadis itu
nampak begitu mengancam dengan skirt separas paha dan juga tube yang
menampakkan sebahagian pusat.
Botol
yang mengandungi air kencing syaitan diletakkan di atas meja di hadapannya.
Tangannya pantas mencari sasaran. Dielus setiap lekuk tubuh itu dengan penuh
bernafsu. Jeslina pula langsung tidak menolak. Malahan begitu seronok ketawa.
“You
nak spend time dengan I tak malam
ni?” dibisikkan kata-kata itu di telinga Jeslina. Kondo yang baru di dudukinya
semalam memberi peluang untuknya bermaharajalela. Sebulan hidup dengan ayahnya
menyebabkan dunianya terasa suram tanpa keseronokkan. Dia tahu ayahnya tidak
setuju dia duduk di rumah lain, tetapi dia langsung tidak ambil kisah. Mujurlah
arwah ibu dan bapa saudaranya telah mewasiatkan sejumlah harta yang lumayan
banyak kepada dirinya. Dengan wang itu dia mampu hidup mewah.
Terkenangkan aunty Melia dan uncle
Jeff membuatkan dia sebak. Rindu mengamit pada ke dua insan yang membesarkan
dia selama ini.
“Ayah
U tak kisah ke? I tak nak nanti jadi macam dengan kawan I tu. Tak fasal-fasal
kena penampar dengan ayah U.” Jeslina pura-pura menolak. Padahal di dalam
hatinya menjerit mahu. Siapa yang tidak mahu bergandingan dengan anak lelaki
seorang hartawan? Lubuk emas yang baru ingin di gapai tidak harus dilepaskan,
tetapi dia sedikit gerun membayangkan apa yang telah terjadi kepada Fariza,
temannya yang baru beberapa minit berlalu selepas memperkenalkan dia kepada
Zafry.
“Orang tua nak mampus tu? Alah U jangan risau,
I dah tak duduk dengan orang tua kolot tu.” Zafry berkata selamba. Ahh… onar
ayahnya memukul dia dan Fariza dua tiga hari lepas nampaknya sudah tersebar.
Dalam hatinya sibuk memaki-hamun Fariza kerana bodoh menceritakan aib sendiri
kepada orang.
“Oh I see” jadi bila kita nak pergi
rumah U?” Jeslina berkata manja. Badannya di geselkan ke arah tubuh Zafry.
Senyuman mengoda dilemparkan. Nampaknya selepas ini dia akan hidup senang.
Sudah terbayang di mata, Zafry akan menjadi miliknya.
“Kalau U nak sekarang pun kita boleh
pergi.” Zafry tersengih. Digelengkan kepala beberapa kali untuk menghilangkan
mabuk. Nampaknya jerat sudah mengena. Tubuh gadis yang bukan lagi gadis itu
akan digunakan dengan sepuas hati.
Nampaknya Jeslina juga seperti
kebayakkan wanita yang dia kenal. Baru beberapa jam dikenali sudah berani ke
ranjang. Tetapi dia suka. Nampaknya Jeslina belum tahu rekodnya dengan
gadis-gadis tidak pernah elok. Prinsipnya mudah. Pakai dan buang. Tak pernah
dia mengunakkan barang yang sama berulang kali.
Terhuyung-hayang dia bangun. Tangan
Jeslina ditarik kasar untuk mengikut langkahnya. Sesekali kedengaran sendawa
dari mulutnya. Ketika tangannya sudah mencapai pintu kereta hansetnya nyaring
berbunyi. Nama Hitler yang terpapar membuatkan dia menjadi mual, tetapi
pangilan itu tetap dijawab.
“Hemm” Hanya itu yang dia katakan.
“Kau dah ada jawapan Zafry? Hari ini
dah cukup seminggu. Lagi beberapa minit nak masuk pukul dua belas. Ayah harap
jawapan kau tak mengecewakan ayah.” Sayup suara Tan Sri Hamzah pada pendengaran
Zafry.
“Ayah boleh tak bagi masa lebih
sikit? Kusut la kepala nak fikir.” Zafry merengus tanda marah. Ayahnya
bersungguh benar mahu menjodohkan dia. Lupakah lelaki itu berapa usianya
sekarang? Umurnya belum pun mencecah dua puluh tiga tahun. .
“Nampaknya ayah dah ada jawapan. Kau
tak nak nikah kan? Tak apa. Ayah tak kisah. Tapi tepat pukul dua belas ni kau
bukan lagi pewaris empayar perniagaan ayah.” Sengaja Tan Sri Hamzah menekan
pada ayat empayar perniagaan. Ingin merangsang otak ‘nafsu harta’ anak
lelakinya itu.
Zafry yang mendengar menjadi
gelabah. Jeslina di sisi di pandang dengan nafsu yang telah mati Ahh…. ayahnya
patut di berikan award kerana menjadi
orang pertama menyebabkan dia menolak seorang wanita untuk menjadi peneman
malamnya.
“Okey Zafry setuju. Tapi bagi masa
sebulan lagi sebelum ayah nak buat majlis apa pun. Zafry nak kenal dulu budak
tu.” Zafry mengalah. Telinganya bagaikan hendak menanah apabila terdengar
ketawa riang ayahnya. Tak guna!
“Well
done son. Akhirnya ada juga keputusan kau mampu buat ayah bangga. Esok kita
jumpa kat office.” Tan Sri Hamzah benar-benar gembira.
Zafry menekan butang off dengan
kasar. Hatinya panas membara. Tangan Jeslina yang sibuk merayap ditepis kuat.
Dia tiada selera hendak bermaja-manja
pada waktu ini.
“Malam lain kita jumpa. I tak der
mood malam ni.”Pantas pintu kereta dibuka. Tubuhnya dihenyak ke kerusi kereta
dengan kasar. Dia benar-benar kusut. Berkeriut bunyi tayar kereta kerana
dipandu dengan laju. Dia benar-benar bengang. Nampaknya ayahnya juga suka bermain
dengan taktik kotor seperti itu. Strategi yang mantap harus diatur. Dia akan
buatkan lelaki itu menyesal menjodohkannya dengan perempuan tak guna tersebut.
Surat
Cinta Untuk Disana : apa kata korang???
smbng lagiiii.. tapi konflik jgan truk sngat, haha
BalasPadamkita bg knflik 'manis' dulu...tp knflik brat x dpt dielakkan...hahah
Padambest..
BalasPadam