Hel!O mY DarLing!

Khamis, 20 Jun 2013

Jajan's Bab 2, Kalau Sudah Berkenan


         Zafry memengang kemas botol minuman. Sesekali dia meneguk rakus. Kepalanya turut teranguk-anguk mengikut irama bingit yang berkumandang. Dia sudah separuh mabuk. Jeslina, wanita yang baru dikenali lebih kurang sejam tadi dijeling dengan pandangan nakal. Lidahnya menjilat sedikit bibir. Liur ditelan berkali-kali. Gadis itu nampak begitu mengancam dengan skirt separas paha dan juga tube yang menampakkan sebahagian pusat.

            Botol yang mengandungi air kencing syaitan diletakkan di atas meja di hadapannya. Tangannya pantas mencari sasaran. Dielus setiap lekuk tubuh itu dengan penuh bernafsu. Jeslina pula langsung tidak menolak. Malahan begitu seronok ketawa.

            “You nak spend time dengan I tak malam ni?” dibisikkan kata-kata itu di telinga Jeslina. Kondo yang baru di dudukinya semalam memberi peluang untuknya bermaharajalela. Sebulan hidup dengan ayahnya menyebabkan dunianya terasa suram tanpa keseronokkan. Dia tahu ayahnya tidak setuju dia duduk di rumah lain, tetapi dia langsung tidak ambil kisah. Mujurlah arwah ibu dan bapa saudaranya telah mewasiatkan sejumlah harta yang lumayan banyak kepada dirinya. Dengan wang itu dia mampu hidup mewah.
         
     Terkenangkan aunty Melia dan uncle Jeff membuatkan dia sebak. Rindu mengamit pada ke dua insan yang membesarkan dia selama ini.

         “Ayah U tak kisah ke? I tak nak nanti jadi macam dengan kawan I tu. Tak fasal-fasal kena penampar dengan ayah U.” Jeslina pura-pura menolak. Padahal di dalam hatinya menjerit mahu. Siapa yang tidak mahu bergandingan dengan anak lelaki seorang hartawan? Lubuk emas yang baru ingin di gapai tidak harus dilepaskan, tetapi dia sedikit gerun membayangkan apa yang telah terjadi kepada Fariza, temannya yang baru beberapa minit berlalu selepas memperkenalkan dia kepada Zafry.
   
           “Orang tua nak mampus tu? Alah U jangan risau, I dah tak duduk dengan orang tua kolot tu.” Zafry berkata selamba. Ahh… onar ayahnya memukul dia dan Fariza dua tiga hari lepas nampaknya sudah tersebar. Dalam hatinya sibuk memaki-hamun Fariza kerana bodoh menceritakan aib sendiri kepada orang.

            “Oh I see” jadi bila kita nak pergi rumah U?” Jeslina berkata manja. Badannya di geselkan ke arah tubuh Zafry. Senyuman mengoda dilemparkan. Nampaknya selepas ini dia akan hidup senang. Sudah terbayang di mata, Zafry akan menjadi miliknya.

            “Kalau U nak sekarang pun kita boleh pergi.” Zafry tersengih. Digelengkan kepala beberapa kali untuk menghilangkan mabuk. Nampaknya jerat sudah mengena. Tubuh gadis yang bukan lagi gadis itu akan digunakan dengan sepuas hati.

            Nampaknya Jeslina juga seperti kebayakkan wanita yang dia kenal. Baru beberapa jam dikenali sudah berani ke ranjang. Tetapi dia suka. Nampaknya Jeslina belum tahu rekodnya dengan gadis-gadis tidak pernah elok. Prinsipnya mudah. Pakai dan buang. Tak pernah dia mengunakkan barang yang sama berulang kali.

            Terhuyung-hayang dia bangun. Tangan Jeslina ditarik kasar untuk mengikut langkahnya. Sesekali kedengaran sendawa dari mulutnya. Ketika tangannya sudah mencapai pintu kereta hansetnya nyaring berbunyi. Nama Hitler yang terpapar membuatkan dia menjadi mual, tetapi pangilan itu tetap dijawab.

            “Hemm” Hanya itu yang dia katakan.

            “Kau dah ada jawapan Zafry? Hari ini dah cukup seminggu. Lagi beberapa minit nak masuk pukul dua belas. Ayah harap jawapan kau tak mengecewakan ayah.” Sayup suara Tan Sri Hamzah pada pendengaran Zafry.

            “Ayah boleh tak bagi masa lebih sikit? Kusut la kepala nak fikir.” Zafry merengus tanda marah. Ayahnya bersungguh benar mahu menjodohkan dia. Lupakah lelaki itu berapa usianya sekarang? Umurnya belum pun mencecah dua puluh tiga tahun. .

            “Nampaknya ayah dah ada jawapan. Kau tak nak nikah kan? Tak apa. Ayah tak kisah. Tapi tepat pukul dua belas ni kau bukan lagi pewaris empayar perniagaan ayah.” Sengaja Tan Sri Hamzah menekan pada ayat empayar perniagaan. Ingin merangsang otak ‘nafsu harta’ anak lelakinya itu.

            Zafry yang mendengar menjadi gelabah. Jeslina di sisi di pandang dengan nafsu yang telah mati Ahh…. ayahnya patut di berikan award kerana menjadi orang pertama menyebabkan dia menolak seorang wanita untuk menjadi peneman malamnya.

            “Okey Zafry setuju. Tapi bagi masa sebulan lagi sebelum ayah nak buat majlis apa pun. Zafry nak kenal dulu budak tu.” Zafry mengalah. Telinganya bagaikan hendak menanah apabila terdengar ketawa riang ayahnya. Tak guna!


            Well done son. Akhirnya ada juga keputusan kau mampu buat ayah bangga. Esok kita jumpa kat office.” Tan Sri Hamzah benar-benar gembira.

            Zafry menekan butang off dengan kasar. Hatinya panas membara. Tangan Jeslina yang sibuk merayap ditepis kuat. Dia tiada selera hendak bermaja-manja pada waktu ini.

            “Malam lain kita jumpa. I tak der mood malam ni.”Pantas pintu kereta dibuka. Tubuhnya dihenyak ke kerusi kereta dengan kasar. Dia benar-benar kusut. Berkeriut bunyi tayar kereta kerana dipandu dengan laju. Dia benar-benar bengang. Nampaknya ayahnya juga suka bermain dengan taktik kotor seperti itu. Strategi yang mantap harus diatur. Dia akan buatkan lelaki itu menyesal menjodohkannya dengan perempuan tak guna tersebut.

Surat Cinta Untuk Disana : apa kata korang???

 


3 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)