Hel!O mY DarLing!

Selasa, 4 Jun 2013

Surat Cinta Untuk Disana...Yihaaa!


           
 Alohaaa....Cerpen ADANYA DIA UNTUK AKU masih dalam proses mngedit....sy  bz sikit 2,3 ari ni... mlm ni baru sempat nk potong dan cincang apa yg patut...dan sy telah ubah jalan cerita berbanding yg asal sebab sy dah terlupa yg asal mcm mna ceritanya.(ingat-ingat lupa saja)..sedih atau gembira sy x boleh bagi tahu...mngkin ada yg suka & mngkin akan ada yg benci.. :) ...sory ok bg yg tertungu-tungu...nanti siap edit saya letak...

Dan untuk ‘pencuci mulut’ meh kita lyan sedutan sikit.. :) Kot ada 'nahu' yg x betul bagi tahu...kot sy terlepas pandang..sebab part ni x di edit lg...


“Lama sangat dah encik. Saya ada hal dengan suami saya petang nanti. Kita hantar dia pergi hospital ajelah.”
           
            “It’s ok. You can go now.”

            “But..”

            “Saya boleh tengokkan dia. Awak tak percayakan saya ke?”

            “Kalau dah macam itu, saya pergi dulu lah ye.”

            Larissa cuba membuka mata. Cahaya lampu yang terang menyuluh matanya membuatkan dia menjadi silau. Terpejam celik dia cuba menyesuaikan diri. Sayup sahaja perbualan itu menyapa telinganya.
           
            “Hai.. sleeping partner. How you feel?”

            Kata-kata yang sinis masuk ke dalam telinganya membuatkan dia pantas bangun. Sleeping partner? Liur ditelan. Dia di mana sekarang? Pandangannya di bawa menjelajah sekeliling, sebelum matanya terus terpaku pada seraut wajah. Kacak. Tetapi dia hampir pitam kembali dek penangan wajah kacak itu.
           
            “Kakk..kauuu…” Suaranya tersekat. Tidak sangka akan bertemu kembali dengan lelaki yang kalau boleh seumur hidup ini dia tidak mahu berjumpa.
           
            “Yup,aku lah sayang. Tak kan kau dah lupa?” Zafiq ketawa nakal. Wajah itu masih seperti dahulu. Bahkan semakin cantik. Sorotan matanya menjelajah ke tubuh genit Larissa. Dia hanya ketawa kecil bila wanita itu menyilangkan tangan ke dada. Jelas riak ketakutan terpeta di wajah itu.
           
            “Kalau kau tutup pun tak ada maknanya lah Lisa. Aku tetap penah tengok.” Sekali lagi ketawanya bergema.

            “Come here. Sit with me.” Pahanya di tepuk-tepuk. Berniat ingin mengusik wanita yang jelas semakin mengelabah.
           
            “Kau memang jahanam.” Larissa menjerit mendengar kata-kata Zafiq. Ya Allah semakin menjadi-jadi di rasakan perangai biadap lelaki itu. Bertahun tidak berjumpa ternyata lelaki itu masih Zafiq yang sama. Yang membezakan lelaki itu hanyalah wajah yang nampak semakin matang dan kacak, juga tubuh yang nampak lebih sasa dibaluti baju kemeja biru muda. Tetapi itu semua tak berguna jika perangai lelaki itu masih seperti syaitan.

            Beg tangannya di cari. Mujurlah ianya di letakkan di atas meja. Tidak sudi dia ingin berlamaan di bilik lelaki itu.

            “Kau nak pergi mana? Ini…?” Zafiq menayang file ditangannya. Senyuman masih tidak putus dari bibirnya.
           
            Laju Larissa menapak ke arah lelaki itu. File yang di pegang oleh Zafiq ingin di sambar. Selepas itu dia hanya mahu segera pulang.

            “Apa aku dapat kalau aku serahkan projek ni kepada engkau? File dilarikan dari gapaian tangan Larissa. Dia masih belum puas bermain-main dengan wanita itu.

            “Huh?” Terkebil-kebil Larissa memandang wajah Zafiq yang bertukar serius secara tiba-tiba. Apa yang dia boleh bagi? Tak ada!

            “Think about that. I'm just try to help you. Kalau kau dah ada jawapan kau tahu apa nak buat kan?”

5 ulasan:

Baca sUdah, benCi, gEraM, sUka pUn sUdah. CeRajiNkaN TanGan, MeNgOmeN siKit :)