Alohaaa....Cerpen
ADANYA DIA UNTUK AKU masih dalam proses mngedit....sy bz sikit 2,3 ari
ni... mlm ni baru sempat nk potong dan cincang apa yg patut...dan sy telah ubah
jalan cerita berbanding yg asal sebab sy dah terlupa yg asal mcm mna ceritanya.(ingat-ingat
lupa saja)..sedih atau gembira sy x boleh bagi tahu...mngkin ada yg suka &
mngkin akan ada yg benci.. :) ...sory ok bg yg tertungu-tungu...nanti siap edit
saya letak...
Dan untuk ‘pencuci
mulut’ meh kita lyan sedutan sikit.. :) Kot ada 'nahu' yg x betul bagi tahu...kot sy terlepas pandang..sebab part ni x di edit lg...
“Lama
sangat dah encik. Saya ada hal dengan suami saya petang nanti. Kita hantar dia
pergi hospital ajelah.”
“It’s
ok. You can go now.”
“But..”
“Saya
boleh tengokkan dia. Awak tak percayakan saya ke?”
“Kalau dah macam itu, saya pergi
dulu lah ye.”
Larissa cuba membuka mata. Cahaya
lampu yang terang menyuluh matanya membuatkan dia menjadi silau. Terpejam celik
dia cuba menyesuaikan diri. Sayup sahaja perbualan itu menyapa telinganya.
“Hai..
sleeping partner. How you feel?”
Kata-kata yang sinis masuk ke dalam
telinganya membuatkan dia pantas bangun. Sleeping partner? Liur ditelan. Dia di
mana sekarang? Pandangannya di bawa menjelajah sekeliling, sebelum matanya
terus terpaku pada seraut wajah. Kacak. Tetapi dia hampir pitam kembali dek
penangan wajah kacak itu.
“Kakk..kauuu…” Suaranya tersekat.
Tidak sangka akan bertemu kembali dengan lelaki yang kalau boleh seumur hidup
ini dia tidak mahu berjumpa.
“Yup,aku lah sayang. Tak kan kau dah
lupa?” Zafiq ketawa nakal. Wajah itu masih seperti dahulu. Bahkan semakin
cantik. Sorotan matanya menjelajah ke tubuh genit Larissa. Dia hanya ketawa
kecil bila wanita itu menyilangkan tangan ke dada. Jelas riak ketakutan terpeta
di wajah itu.
“Kalau kau tutup pun tak ada maknanya
lah Lisa. Aku tetap penah tengok.” Sekali lagi ketawanya bergema.
“Come
here. Sit with me.” Pahanya di tepuk-tepuk. Berniat ingin mengusik wanita
yang jelas semakin mengelabah.
“Kau memang jahanam.” Larissa
menjerit mendengar kata-kata Zafiq. Ya Allah semakin menjadi-jadi di rasakan
perangai biadap lelaki itu. Bertahun tidak berjumpa ternyata lelaki itu masih
Zafiq yang sama. Yang membezakan lelaki itu hanyalah wajah yang nampak semakin matang
dan kacak, juga tubuh yang nampak lebih sasa dibaluti baju kemeja biru muda.
Tetapi itu semua tak berguna jika perangai lelaki itu masih seperti syaitan.
Beg
tangannya di cari. Mujurlah ianya di letakkan di atas meja. Tidak sudi dia ingin
berlamaan di bilik lelaki itu.
“Kau nak pergi mana? Ini…?” Zafiq
menayang file ditangannya. Senyuman masih tidak putus dari bibirnya.
Laju Larissa menapak ke arah lelaki
itu. File yang di pegang oleh Zafiq ingin di sambar. Selepas itu dia hanya mahu
segera pulang.
“Apa aku dapat kalau aku serahkan
projek ni kepada engkau? File dilarikan dari gapaian tangan Larissa. Dia masih
belum puas bermain-main dengan wanita itu.
“Huh?” Terkebil-kebil Larissa
memandang wajah Zafiq yang bertukar serius secara tiba-tiba. Apa yang dia boleh
bagi? Tak ada!
“Think
about that. I'm just try to help you. Kalau kau dah ada jawapan kau tahu apa nak
buat kan?”
wau.... nak nak nakkkkkkk
BalasPadamAlaa...sikit ye..
BalasPadamNakkk lagiii :)
Best.....nak lagi
BalasPadambest nak lagi.
BalasPadamxsabar cheaq nk tggu full part..hihi
BalasPadam